Order online dibuka 24 jam sehari.

Boleh Bersolat Ke Kalau Keputihan Terlampau Teruk? Jawapan Dari Sudut Pandang Syarak

Cecair-cecair yang Keluar dari Qubul (Vagina) Wanita pada Pandangan Syariah.

Secara ringkasnya, keputihan boleh didefinasikan sebagai cecair berlebihan yang dirembes dari sistem peranakan perempuan akibat berlakunya perubahan hormon dalam badan wanita.

Selain daripada darah haid, darah nifas dan darah istihadhah yang keluar dari tubuh badan wanita, setelah penelitian dibuat dari segi pembacaan, survey dan pengalaman, boleh disimpulkan hampir semua wanita mengalami cecair-cecair yang keluar dari qubul mereka seperti yang tertera di bawah:-

ISTILAH CECAIR

HURAIAN SIFAT CECAIR

JALAN KELUAR CECAIR

1.    Qassah al-baidha’:

Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.

Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

2.    Kudrah:

Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.

Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

3.    Sufrah:

Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.

Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

4.    Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj):

Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.

Berada pada bibir faraj ataupun dinamakan vulva. Kewujudannya pada wanita umpama peluh pada badan atau air liur yang sentiasa ada. Cecair inilah yang dinamakan keputihan mengikut istilah orang awam apabila ia dirembeskan secara berlebihan dan berubah sifat-sifatnya.

5.    Wadi:

Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.

Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

6.    Mazi:.

Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya

Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

7.    Mani:

Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.

Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

 

Solat wanita yang keputihan terus-menerus

Bagi wanita yang mengalami keputihan yang sentiasa keluar, ia sudah dikategori sebagai abnormal dan berpenyakit. Justeru, hukum ke atasnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal.

Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan abnormal mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, memakai apa jenis pembalut atau dengan kata lain, mungkin memakai tisu, pad, kain atau panty liner khusus buat orang yang mengalami keputihan, kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah).

Jika keputihan terkeluar sewaktu kita solat, maka itu tidak mengapa kerana ia di luar kawalan kita. Itulah sebabnya wanita seperti ini mempunyai hukum yang berbeza dari wanita-wanita biasa.

Adakah Keputihan itu najis?

Terdapat 2 pendapat berhubung persoalan pokok di atas. Adakah keputihan yang dialami oleh wanita itu najis atau tidak?

  1. Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh air peluh, maka ia adalah bersih dan tidak dihukum najis (efiqh.mymkkk.org). Berdalilkan peluh itu tidak najis. Daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Muslim:

“Baginda Nabi masuk kepada kami dan tidur qailulah. Baginda berpeluh ketika tidur. Maka ibu ku datang dengan membawa bekas lalu menadah peluh baginda ke dalam bekas tersebut. Baginda Nabi terjaga dan berkata: Wahai Umma Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan. Dia menjawab: Ini peluh mu. Kami ingin menjadikannya ia minyak wangi kami dan ia merupakan sebaik-baik wangian.” (Sahih Muslim)

Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah mengatakan cairan atau lembapan yang wujud pada kawasan yang zahir iaitu pada dua bibir faraj itu bersih.

  1. Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya lebih condong kepada najis. Ia berdasarkan kaedah umum para ulama: Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”. Bagaimanapun, sekiranya keputihan itu hanya benar-benar dipanggil najis apabila ia berpindah dari tempat asalnya iaitu dari dalam faraj kepada luar faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis. Jadi, apabila keputihan/lembapan terembes secara berlebihan sehingga berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau dan adakalanya berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43). Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu memperbaharui wuduknya.

Pesanan daripada penulis, kepada setiap wanita yang mengalami keputihan abnormal, usah malu untuk berjumpa dengan doktor.

Segera dapatkan rawatan untuk penyakit keputihan abnormal kerana mengikut para doktor, sekiranya tidak diubati, ia mungkin menyebabkan radang pada faraj dan pelbagai masalah lain lagi bakal timbul. Jagalah kesihatan anda agar dapat beribadat dengan lebih sempurna.  

Penutupnya, penulisan ini dibentangkan mengikut pendapat-pendapat yang diambil dari ulama bermazhab syafie untuk memudahkan masyarakat terutamanya di Malaysia beramal memandangkan masyarakat di Malaysia mengikut mazhab syafie yang amat terkenal dengan ketegasan dan ketelitian al-Imam al-Syafie dalam hukum-hakam dalam perkara ibadat.

Bagaimanapun, amat digalakkan kepada pembaca-pembaca membuat kajian dan penelitian berdasarkan ilmu bukan taklid atau ikutan semata-mata. Semoga ia berbuah pahala berganda dan redha Ilahi. Penulis terbuka kepada perbincangan dan teguran yang membina daripada para alim-ulama dalam usaha menjaga khazanah hukum-hakam Islam tetap terpelihara.

Kredit kepada Zizi Azlinda Mohd Yusof 



Leave a reply



Related Posts

FHM, FEMININE WASH YANG TIDAK BERASASKAN SABUN
FHM, FEMININE WASH YANG TIDAK BERASASKAN SABUN
Pernah alami situasi seperti Guna Feminine Wash tapi kulit jadi merah dan bertambah gatal Alergi pada sabun di ba...
Read More
KISAH BENAR : DULU MASALAH SAYA SANGAT TERUK. DALAM SATU HARI 3-4 KALI...
KISAH BENAR : DULU MASALAH SAYA SANGAT TERUK. DALAM SATU HARI 3-4 KALI...
"KISAH BENAR : DULU MASALAH SAYA SANGAT TERUK. DALAM SATU HARI 3-4 KALI TUKAR PANTILINER. RASA SANGAT TAK SELESA &...
Read More
#WanitaPerluTahu - Keputihan Luar Biasa Disebabkan Oleh Aktiviti Bakteria, Kuman & Kulat Sekitar Organ Intim Wanita
#WanitaPerluTahu - Keputihan Luar Biasa Disebabkan Oleh Aktiviti Bakteria, Kuman & Kulat Sekitar Organ Intim Wanita
Keputihan luar biasa berlaku disekitar organ intim wanita apabila bakteria jahat, kuman & kulat membiak dengan pe...
Read More