+60 016 6618159
5 Days a week from 9:00 am to 5:00 pm

Keputihan - Apa Punca, Sebab, Tanda, Rawatan & Mencegah Keputihan Berlaku

Apa Itu Keputihan

Keputihan bagi kaum Hawa bukanlah suatu fenomena yang asing dalam kehidupan seharian mereka. Hampir setiap wanita mengenali sejenis cecair atau lender yang keluar dari vagina mereka.

Apa itu Keputihan dari segi Saintifik?

Keputihan atau nama Saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah suatu kondisi apabila sejenis cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari vagina wanita.

Dalam bahasa Inggeris, menerusi jurnal Medscape General Medicine dalam lawan sesawangnya mencatatkan keputihan mempunyai beberapa istilah seperti vagina, vaginal discharge, secretion, odors, discharge, pruritus, normal, irritation, itch, physical examination, healthy, asymptomatic, quantity dan physiology.

 

Punca & Sebab Keputihan

Keputihan normal (Fisiologis)

Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh perubahan hormon estrogen. Apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh haid, lendir yang terhasil akan lebih likat dan putih.

Ia berfungsi untuk memelihari bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada.

Keputihan normal biasanya tidak akan menyebabkan kegatalan ataupun kemerahan pada bahagian vagina. Ia juga tidak akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

 

Keputihan tidak normal (Patologik)

Vagina mempunyai pelindung tersendiri untuk melindungi bakteria jahat dari memasuki ataupun menjangkiti kawasan tersebut. Antara pelindung tersebut ialah bakteria baik yang bertindak melindungi vagina dari bakteria jahat.

Apa yang dilakukan oleh bakteria baik ini ialah merendahkan pH vagina sekitar 3.5 - 4.5. Kebanyakkan bakteria jahat tidak boleh hidup ataupun membiak pada pH ini.

Apabila kawasan tersebut diganggu seperti dalam aktiviti meruang ataupun membersihkan vagina menggunakan bahan pencuci, ia akan membunuh bakteria baik dan merubah kadar pH pada vagina. Ini memberi ruang untuk bakteria jahat membiak di kawasan tersebut dan menyebabkan keputihan yang tidak normal.

 

Jadual di bawah menunjukkan jenis kuman dan punca jangkitan penyakit keputihan yang wujud.
Agen Penyebab
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
Ciri-ciri klinikal
Punca Jangkitan
Gardnerella vaginalis Bakteria
  • Lelehan berwarna putih-kekelabuan dan sedikit berbuih
  • Berbau busuk (fish odor)
  • Sedikit rasa gatal atau kerengsaan
  • Hubungan seks rambang
  • Tabiat merokok dan
  • Penggunaan alat kontraseptif Intra uterine devices
Trichomonas vaginalis Parasit
  • Lelehan faraj yang bernanah
  • Berwarna kuning
  • Berbuih dan berbau hanyir
  • Kerengsaan pada faraj
  • Rasa sakit semasa hubungan seks
  • Rasa sakit semasa buang air kecil
  • Hubungan seks yang tidak sihat
Candida albicans / spp Kulat
  • Lelehan kental dan berwarna putih
  • Berbau busuk (foul odor)
  • Gatal
  • Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Sakit semasa buang air kecil
  • Penggunaan antibiotik yang banyak
  • Kehamilan
  • Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
  • Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
  • Pengguna pil perancang keluarga
Jadual Diambil daripada laman web myhealth.gov.my


Sistem imun yang lemah

Wanita yang mempunyai masalah kencing manis atau HIV yang menyebabkan sistem imunasi terganggu, jankitan kuman akan mudah berlaku di bahagian vagina dan seterusnya menyebabkan keputihan.


Masalah Kebersihan

Vagina perlu dijaga dan dibersihkan dengan betul terutamanya selepas melakukan hubungan seks. Ia perlu di basuh dan dikeringkan supaya kuman tidak membiak di kawasan tersebut.

Walaupunbagaimana, cara basuhan yang tidak betul akan mengganggu bakteria baik di kawasan tersebut.

Cuba mencuci dari depan ke belakang dan cuba untuk tidak menyentuh dubur.

 

Gaya Hidup Tidak Sihat

Gaya hidup yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah keputihan. Antaranya ialah:

  1. Diet yang tidak teratur
  2. Kurang makan makanan sihat
  3. Merokok
  4. Kurang bersenam
  5. Kurang rehat
  6. Tidak mendapat tidur yang cukup
  7. Stress
  8. Mengenakan seluar atau seluar dalam terlalu ketat

 

Aktiviti seks berlainan pasangan

Mereka yang kerap bertukar pasangan seks akan menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami jangkitan kuman di bahagian vagina seterusnya menyumbang kepada masalah keputihan.


5 Jenis Keputihan

1. Berwarna Putih Jernih

Ini ialah keputihan pada tahap normal.Jika anda mempunyai simptom lain seperti gatal, panas dan pedih pada kemaluan ia mungkin disebabkan jangkitan yis (kulat).


2. Berwarna Kekuningan

Ini ialah keputihan tidak normal. Ia mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu jangkitan kuman atau STI (Sexually Transmitted Infection)


3. Berwarna Perang (Seolah Bercampur Darah)

Ini ialah keputihan yang disebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda mengalami keputihan jenis ini secara berpanjangan, ia mungkin tanda awal kepada kanser rahim.


4. Berwarna Hijau

Ini juga ialah keputihan tidak normal. Ia mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu jangkitan kuman atau STI (Sexually Transmitted Infection). Biasanya ia akan menyebabkan bau busuk disertai rasa pedih ketika buang air kecil. Pembengkakan pada vagina dan gatal-gatal sekitar vagina juga antara simptom keputihan jenis ini.


5. Jangkitan Yis (Kulat)

Keputihan jenis ini akan menghasilkan gumpalan tebal bewarna putih seperti cheese dan menyebabkan kegatalan, kemerahan, kerengsaan dan panas pada vagina.

 

Risiko Keputihan Yang Tidak Dirawat

Jangkitan mata

Cecair keputihan boleh menyebabkan jangkitan mata pada bayi yang berisiko membawa kepada buta

Kelahiran bayi yang tidak cukup bulan

Keputihan yang dibawa kuman chlamydia misalnya boleh sebabkan kelahiran bayi tidak cukup bulan. Ini kerana ia boleh menyebabkan air ketuban pecah sebelum tempoh matang

Kesukaran untuk hamil

Kuman penyakit kelamin seperti chlamydia, syhlis @ gonorrhea & menyebabkan saluran peranakkan rosak & sukar untuk hamil

Gangguaan Pernafasan

Kuman HPV boleh menggangu pernafasan bayi sehingga menyebabkan kematian

Kehamilan Luar Rahim

Potensi keburukan keputihan ini boleh menyebabkan kehamilan di luar tahim kerana ovum yang telah disenyawakan tidak mampu menempel di dinding rahim

 

Mencegah & Merawat Masalah Keputihan

Masyarakat kita biasanya akan menggunakan feminine wash untuk memastikan vagina sentiasa kekal dalam keadaan bersih.

Masalah feminine wash dan produk seumpamanya di pasaran ialah ia berasaskan sabun yang boleh mengubah paras pH pada vagina sekaligus memudahkan bakteria, kuman dan kulat membiak.

Masalah pada rawatan berbentuk antibiotik pula ialah ia boleh membunuh bakteria baik pada vagina yang berfungsikan mengekalkan paras pH. Sekaligus, masalah keputihan tetap berulang.

 

Penyelesaian Terbaik

Kami mengesyorkan produk yang sudah terbukti berkesan & selamat serta mudah digunakan seperti Feminine Hygiene Mist (FHM) keluaran 9Herbs.

Antara kelebihan utama produk Feminine Hygiene Mist ialah

  • Membunuh 99.99% bakteria & kuman penyebab keputihan (dibuktikan dalam makmal) - Baca lanjut di sini
  • Dijual di lebih 1000 farmasi seluruh negara
  • Ia berkesan seawal 24 jam (berdasarkan testimoni pelanggan)
  • Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • 100% semulajadi, tiada bahan kimia merbahaya
  • Tiada parabens, tiada alkohol, tiada sabun
  • Spray dan siap. Tidak perlu dibilas atau dilap
  • Mengekalkan pH vagina untuk menghalang bakteria jahat membiak
  • Bersaiz kecil senang digunakan & senang dibawa ke mana-mana

>> Dapatkan Feminine Hygiene Mist Di Sini


Cara mencegah keputihan

  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elakkan penggunaan pembersih wanita yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan (berasaskan sabun).
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika haid
  4. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  6. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  7. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  8. Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.



2 COMMENTS

azielatif
April 07, 2018 at 21:20

is it really safe ?

Nina
April 05, 2018 at 20:00

Hi 9herbs!

Terima kasih atas info ini. Ianya sangat berguna kepada saya _


Leave a reply



Related Posts

"Sebelum Ini Bau Macam Ikan Dekat Pasar"
“Hilang dah bau. Selesa, sebelum ni bau macam ikan dekat pasar. Lepas pakai spray ni bau dah takde”— Aida, Kuala Lump...
Read More
AWAS!!! Keputihan yang TIDAK Dirawat akan Memberi Kesan Pada Suami
AWAS!!! Keputihan yang TIDAK Dirawat akan Memberi Kesan Pada Suami
Berdasarkan kajian, 99.9% wanita menghadapi penyakit keputihan. Namun perkara ini dipandang remeh oleh kebanyakan wan...
Read More
4 Cara Untuk Mengatasi Bau Yang Tidak Menyenangkan Di Bahagian Miss V
4 Cara Untuk Mengatasi Bau Yang Tidak Menyenangkan Di Bahagian Miss V
Adalah normal jika vagina anda mempunyai sedikit bau namun ia menjadi tidak normal jika ia mengeluarkan bau yang kuat...
Read More