+60 016 6618159
5 Days a week from 9:00 am to 5:00 pm

Penyebab & Penyelesaian Kegatalan di Bahagian Miss V

Kegatalan dibahagian vagina biasanya terjadi disebabkan oleh bahan kimia yang menyebabkan iritasi, jangkitan kuman atau menopos. Ia juga mungkin terjadi akibat daripada penyakit kulit atau jangkitan penyakit kelamin. Antara kes terpencil lain, ia mungkin juga disebabkan oleh stress & kanser vulva.

Berikut adalah punca punca yang menyebabkan kegatalan di bahagian vagina.


(1) Iritasi

Vagina yang terdedah kepada bahan kimia beritasi boleh menyebabkan kegatalan di bahagian vagina. Ia merangsang reaksi alergik keseluruh bahagian badan termasuk vagina. Contoh bahan kimia beritasi ialah

- sabun
- mandian buih
- Alat perancang kehamilan
- Ubat sapu/krim
- Detergen
- Pelembut fabrik
- Tisu dengan pewangi

(2) Penyakit kulit


Beberapa penyakit kulit seperti ekzema & psoriasis boleh menyebabkan kemerahan & kegatalan di bahagian vagina. Ekzema merupakan ruam yang terjadi akibat alahan. Ia berwarna kemerahan, menyebabkan kegatalan & menyebabkan permukaan kulit menjadi bersisik. Psoriasis pula ialah masalah kulit yang menyebabkan kegatalan, tompok tompok kemerahan pada kulit yang terjadi dibahagian kepala & sendi. Dalam beberapa keadaan, simptom ini boleh merebak kebahagian vagina.

(3) Yis

Yis adalah fungus yang berada di bahagian vagina secara natural. Namun, jangkitan yis boleh terjadi & menyebabkan kegatalan di bahagian vagina. Ia biasanya terjadi apabila seseorang itu mengambil ubatan antibioktik kerana ia akan membunuh bakteria baik bersama sama bakteria jahat. Bakteria baik ini sangat penting untuk mengawal pertumbuhan yis kerana pertumbuhan yis yang tidak terkawal boleh menyebabkan simptom simptom seperti kegatalan, rasa perit & keputihan.


(4) Menopos

Wanitaa yang sedang mengalami atau sudah menopos lebih berisiko mendapat kegatalan di bahagian vagina. Ini disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen yang berlaku ketika menopos yang membuatkan bahagian vagina menjadi terlalu kering. Kekeringan itulah yang menyebabkan kegatalan & iritasi jika anda tidak mendapatkan rawatan yang sesuai untuk mengurangkan simptom simptom menopos.


(5) Stress

Tekanan fizikal & emosi boleh menyebabkan kegatalan & iritasi di bahagian vagina. Namun, ia jarang jarang berlaku. Stress menyebabkan sistem imun menjadi lemah & menyebabkan tubuh badan anda mudah terkena jangkita kuman yang menyebabkan kegatalan.

(6) Kanser Vulva

Kegatalan yang disebabkan oleh kanser vulva ini jarang jarang berlaku. Kanser ini terjadi di dalam vulva iaitu di bahagian dalam vagina. Ia termasuk dia bahagian luar & dalam bibir vagina, klitoris & bahagian bukaan vagina. Kanser vulva boleh dirawat dengan efektif pada peringkat awal. Maka sangat penting anda mendapatkan rawatan secepatnya jika terjadi simptom simptom seperti kegatalan yang teruk di bahagian vagina.


Penawar bahan semulajadi untuk kegatalan vagina

Anda boleh mengelakkan sebarang penyebab kegatalan di bahagian vagina melalui rutin penjagaan kebersihan diri & gaya hidup. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kegatalan di bahagian vagina :

(1) Gunakan air suam & pembersih yang lembut untuk membasuh bahagian vagina
(2) Elakkan menggunakan sabun, losyen atau buih mandian yang mempunyai pewangi sintetik
(3) Pastikan seluar dalam sentiasa kering
(4) Pakai seluar dalam dengan material kapas & tukar ia setiap hari
(5) Makan yogurt untuk mengurangkan keberangkalian mendapat jangkitan yis
(6) Sentiasa mengelap bahagian vagina daripada depan ke belakang


(7) Feminine Hygiene Mist
Untuk memudahkan ramai wanita diluar sana, 9herbs menghasilkan Feminine Hygiene Mist khas untuk mengatasi masalah kegatalan di bahagian Miss V. Senang, cepat & mudah dibawa kemana mana sahaja bagi memudahkan wanita diluar sana konsisten menjaga & merawat masalah Miss V yang dihadapi.

Antara kelebihan utama produk FHM ialah :

- Membunuh 99.99% bakteria & kuman penyebab keputihan (dibuktikan dalam makmal)
- Ia berkesan seawal 24 jam (berdasarkan testimoni pelanggan)
- Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- 100% semulajadi, tiada bahan kimia merbahaya
- Tiada parabens, tiada alkohol, tiada sabun
- Spray dan siap. Tidak perlu dibilas atau dilap
- Mengekalkan pH vagina untuk menghalang bakteria jahat membiak
- Bersaiz kecil senang digunakan & senang dibawa ke mana-mana

Dapatkan Feminine Hygiene Mist anda disini SEKARANG



Leave a reply



Related Posts

Keputihan - Apa Punca, Sebab, Tanda, Rawatan & Mencegah Keputihan Berlaku
Keputihan - Apa Punca, Sebab, Tanda, Rawatan & Mencegah Keputihan Berlaku
Apa Itu Keputihan Keputihan bagi kaum Hawa bukanlah suatu fenomena yang asing dalam kehidupan seharian mereka. Hampir...
Read More
FHM, FEMININE WASH YANG TIDAK BERASASKAN SABUN
FHM, FEMININE WASH YANG TIDAK BERASASKAN SABUN
Pernah alami situasi seperti Guna Feminine Wash tapi kulit jadi merah dan bertambah gatal Alergi pada sabun di ba...
Read More
#WanitaPerluTahu - Keputihan Luar Biasa Disebabkan Oleh Aktiviti Bakteria, Kuman & Kulat Sekitar Organ Intim Wanita
#WanitaPerluTahu - Keputihan Luar Biasa Disebabkan Oleh Aktiviti Bakteria, Kuman & Kulat Sekitar Organ Intim Wanita
Keputihan luar biasa berlaku disekitar organ intim wanita apabila bakteria jahat, kuman & kulat membiak dengan pe...
Read More