+60 016 6618159
5 Days a week from 9:00 am to 5:00 pm

#WanitaPerluTahu - Keputihan Luar Biasa Disebabkan Oleh Aktiviti Bakteria, Kuman & Kulat Sekitar Organ Intim Wanita

Keputihan luar biasa berlaku disekitar organ intim wanita apabila bakteria jahat, kuman & kulat membiak dengan pesat di situ.

Dalam keadaan normal, organ intim wanita mengekalkan kadar pH sekitar 3.5 - 4.5 iaitu sedikit berasid. Kadar pH ini dikekalkan dengan kewujudan bakteria baik yang wujud di sekitarnya. Dalam kadar pH normal ini, bakteria jahat tidak dapat hidup dan membiak.

Apabila berlaku kelembapan, ketidakbersihan, atau pertukaran kadar pH disebabkan gangguan dari luar seperti membasuh vagina dengan sabun (beralkali), memasukkan bendasing ke dalam organ intim dan seumpamanya menyebabkan kadar pH ini meningkatkan dan sekaligus membolehkan bakteria jahat membiak di situ.

 

Antara bakteria yang biasa ditemui ialah :

Bakteria Vaginosis - Ini ialah jangkitan bakteria yang berlaku apabila berlaku perubahan pada keseimbangan pH pada organ intim. Bilangan bakteria baik akan berkurang dan tidak mampu menghalang jangkitan bakteria jahat vaginosis. Jangkitan ini boleh dialami oleh wanita disemua peringkat usia tapi biasanya akan dialami oleh wanita yang berumur 15 - 44 tahun. 

Tanda & gejala jangkitan bakteria vaginosis : Peningkatan jumlah cairan keputihan yang berwarna putih dan berbau . Bau tersebut akan semakin ketara semasa melakukan hubungan intim bersama suami.

Candida Albicans - Ini ialah kulat yang biasa ditemui pada kulit manusia. Walaubagaimanapun, apabila ia membiak dengan kadar tidak terkawal pada organ intim wanita, ia boleh menyebabkan keputihan yang luar biasa. 

Tanda & gejala jangkitan : lelehan kental berwarna putih, berbau dan menyebabkan kegatalan. Ia boleh menyebabkan rasa sakit semasa hubungan seksual dan sakit semasa membuang air kecil.

Bakteria E Coli - Peningkatan bilangan bakteria E Coli sangat biasa menyebabkan keputihan. Peningkatan ini disebabkan oleh faktor hygiene pada organ intim, penggunaan air yang tidak bersih (seperti mandi di air terjun atau dalam kolam atau dalam bath tub hotel), tandas duduk yang tidak bersih, cara membersihkan organ intim yang salah (dari belakang ke depan).

Tanda & gejala jangkitan - Lendir keputihan bewarna putih disertai bau hamis dan rasa gatal. 

 

Masalah Rawatan Keputihan Sedia Ada

Antibiotik 

Antibiotik biasanya akan membunuh bakteria baik dan bakteria jahat yang ada pada vagina. Bakteria baik ini berfungsi untuk mengekal pH pada vagina pada tahap 3.5 - 4.5. Kebanyakkan bakteria jahat (penyebab keputihan, kegatalan, dan bau) tidak boleh hidup dan membiak pada persekitaran pH ini.

Walaubagaimanapun, pengambilan antibiotik akan membunuh kesemua bakteria termasuk bakteria baik. Ini menyebabkan bacaan pH pada vagina sukar untuk dikekalkan.

Feminine Wash

Feminine wash yang banyak di pasaran adalah dalam bentuk sabun (SLS) dan juga sangat susah untuk digunakan dan dibawa kemana-mana. Apabila ia dalam bentuk sabun, ia akan meningkatkan bacaan pH pada persekitaran vagina yang menggalakkan lagi pembiakan bakteria jahat di kawasan tersebut.

Feminine wash juga biasanya tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif. Kandungan bahan kimia seperti parabens misalnya boleh menimbulkan reaksi alergi dan ruam pada kulit vagina.

Supplemen

Supplemen juga menjadi salah satu cara popular untuk mengatasi masalah keputihan. Supplemen hanya berfungsi untuk mengekalkan sistem imun yang tinggi bagi mendapatkan badan yang sihat dan mengelakkan dihinggapi penyakit. 

Bermakna supplemen ini bukanlah dicipta secara khusus untuk merawat penyakit atau masalah tertentu. Supplemen ini juga biasanya sangat mahal dan mengambil masa yang lama untuk mendatangkan kesan kepada masalah keputihan.

 

Rawatan Paling Berkesan & Selamat

Kita perlukan rawatan yang disasarkan terus kepada punca masalah iaitu bakteria, kuman & kulat yang membiak disekitar organ intim.

Feminine Hygiene Mist ialah satu produk baru dan unik yang mampu membunuh 99.99% bakteria, kuman & kulat di kawasan organ intim wanita. Ia sangat mengejutkan kerana produk ini 100% menggunakan bahan semulajadi, telah disahkan oleh makmal yang diiktiraf dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT161202378K). 

Baca lanjut berkenaan kelulusan makmal & KKM di : Certificate FHM

Kami sangat mengesyorkan produk ini kepada puan-puan yang mempunyai masalah keputihan yang tidak terkawal. Dapatkannya dengan hanya RM49.90 seunit (free shipping) di : https://9herbs.com/pages/penawarkeputihan



Leave a reply



Related Posts

Boleh Bersolat Ke Kalau Keputihan Terlampau Teruk? Jawapan Dari Sudut Pandang Syarak
Boleh Bersolat Ke Kalau Keputihan Terlampau Teruk? Jawapan Dari Sudut Pandang Syarak
Cecair-cecair yang Keluar dari Qubul (Vagina) Wanita pada Pandangan Syariah. Secara ringkasnya, keputihan boleh dide...
Read More
Penyebab & Penyelesaian Kegatalan di Bahagian Miss V
Penyebab & Penyelesaian Kegatalan di Bahagian Miss V
Kegatalan dibahagian vagina biasanya terjadi disebabkan oleh bahan kimia yang menyebabkan iritasi, jangkitan kuman at...
Read More
"Sebelum Ini Bau Macam Ikan Dekat Pasar"
“Hilang dah bau. Selesa, sebelum ni bau macam ikan dekat pasar. Lepas pakai spray ni bau dah takde”— Aida, Kuala Lump...
Read More