Order online dibuka 24 jam sehari.

MEngenai kami

9herbs adalah jenama Lifestyle Health & Beauty yang memberi inspirasi kepada wanita untuk cari dan mengekspresikan diri mereka yang sebenar.

Jenama ini diasaskan oleh pasangan suami-isteri yang berminat untuk memperkenalkan produk kesihatan & kecantikan berkualiti tinggi yang SELAMAT, EFEKTIF dan MEMUDAHKAN di mana wanita dari semua lapisan masyarakat dapat merasai/mengalami keyakinan dan hasil tanpa mengorbankan nilai atau kesejahteraan mereka .

Diilhamkan oleh pengasas Puan Elaine, jenama 9herbs adalah simbolik kepada pemerkasaan wanita untuk mewujudkan keyakinan diri dan berani demi menggapai impian mereka.

Lulusan Ijazah Pengurusan dari Universiti Putra Malaysia dan ibu kepada 2 pasang cahayamata, Elaine bertekad untuk terus berjuang demi menyampaikan impiannya supaya wanita tahu dan faham akan potensi diri mereka.

Produk Feminine Hygiene Mist (FHM) keluaran 9herbs telah berjaya mendapat tempat di hati peminat dengan begitu cepat dan meluas sekali kerana keunikan dan keberkesanannya.

Jenama 9herbs telahpun berjaya menembusi pasaran farmasi di seluruh negara, dan ini adalah satu pengesahan tentang mutu dan daya maju jenama 9herbs.

Sehingga kini, jenama 9herbs telah menerima pelbagai permintaan untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa kerana kualitinya yang setanding dengan produk ternama antarabangsa
.

Mesej Peribadi Dari Elaine (Founder 9herbs)

Apa khabar !

Saya Elaine – yang memegang watak sebagai seorang anak, isteri dan juga ibu kepada 4 orang cahamata yang comel.

Pertama sekali, Elaine nak ucapkan terima kasih kerana menjenguk laman web ini. Elaine harap suatu hari nanti anda dapat kenal Elaine dengan lebih rapat lagi dan Elaine juga ingin ambil tahu tentang diri anda.

Elaine sangat teruja untuk memulakan bisnes 9herbs ni. Tapi sebelum Elaine betul2 berani untuk melangkah memulakan bisnes 9herbs ni, Elaine terlebih dahulu belajar berbisnes dengan menjadi ejen kepada beberapa jenama tempatan. Setelah meraih sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman, Elaine beranikan diri untuk memperkenalkan jenama Elaine sendiri.

Punca utama Elaine bersungguh-sungguh untuk memasuki dunia bisnes ini adalah disebabkan lambakan produk dipasaran yang tidak memenuhi citarasa Elaine. Elaine masih ingat lagi beberapa tahun dahulu semasa Elaine bekerja sebagai peramugari, Elaine meneroka ke merata pelusuk dunia untuk mencari produk-produk kesihatan dan kecantikan yang selamat, berkesan dan juga memudahkan.

Atas dasar itulah Elaine ingin teruskan perjuangan Elaine supaya Elaine dapat bantu ramai wanita di luar sana untuk sama-sama menikmati apa yang selayaknya untuk wanita.

Elaine sangat teruja untuk memperkenalkan produk pertama Elaine. Idea ni dah ada lama dalam benak Elaine. Tapi Elaine nak betul2 pastikan ianya adalah yang terbaik sebelum Elaine mula perkenalkan kepada orang ramai. Sebab itu lah projek Elaine ni mengambil masa yang sangat lama. Nak tahu berapa lama Elaine “buang” masa untuk hasilkan formula yang sekarang ni dah dapat mengambil hati ramai wanita. Bukan tu saja, formula ni pun dah diakui kehebatannya oleh ramai doktor dan juga ahli farmasi. Ok, sebenarnya ia bermula dari idea pertama Elaine bekerjasama dengan satu makmal di Kota Kemuning pada April 2016. Tetapi mereka tak dapat hasilkan formula seperti yang Elaine nak. Walaupun mereka dah cuba ubah beberapa kali, tetap tak dapat memenuhi citarasa Elaine. Sori lah, Elaine ni cerewet sikit. Sebab Elaine nak pastikan hanya produk yang bermutu tinggi sahaja yang Elaine akan perkenalkan. Kalau tak capai quality yang Elaine nak, Elaine lebih rela tak keluarkan produk pun. Maka terbazirlah usaha selama beberapa bulan.

Elaine hampir putus asa kerana maklumbalas dari banyak makmal mengatakan agak mustahil untuk hasilkan formula yang Elaine cadangkan. Elaine tetap berkeras hendakkan produk yang selamat (tak guna bahan kimia merbahaya), berkesan, dan juga memudahkan.

So selepas makmal pertama tak dapat meyakinkan Elaine, Elaine terus mencari makmal dan saintis lain yang mungkin dapat memahami kehendak Elaine. Atas perkenalan oleh seorang sahabat lama, Elaine berjumpa sebuah makmal di Kuala Lumpur yang ingin cuba menghasilkan formula yang Elaine fikirkan. Hasil perbincangan selama lebih 2 minggu, makmal tersebut berjaya menghasilkan formula pertamanya.

Alhamdulillah, formula tersebut dah hampir dengan idea Elaine. Cumanya Elaine perlukan beberapa pembetulan dan juga maklumbalas dari keluarga dan rakan-rakan. Keseluruhan proses ni melibatkan ubahsuai formula sebanyak 6 kali sebelum Elaine betul-betul puas hati.

Akhirnya setelah hampir 2 bulan bekerjasama rapat dengan pihak makmal, maka lahirlah satu formula yang betul-betul ajaib pada hujung bulan Ogos 2016, iaitu FEMININE HYGIENE MIST (FHM). Ianya menepati citarasa Elaine dari semua aspek. Ianya selamat kerana diperbuat dengan bahan semulajadi yang berjualiti tinggi. FHM sangat berkesan membunuh bakteria yang menyebabkan masalah kepada bahian keintiman wanita. Sebenarnya, Elaine dah pun hantar sampel produk FHM ni ke makmal dan hasil kajian mereka terbukti FHM dapat membunuh 99.99% bakteria dalam beberapa saat sahaja. Dan aspek terakhir dan sangat penting buat Elaine adalah ianya sangat memudahkan. Dengan FHM ni, penjagaan kebersihan keintiman wanita tidaklah menusahkan lagi. Hanya spray saja dan tak perlu bilas atau lap, sebab ianya kering serta-merta. Lagi pun botolnya yang kecil membolehkan wanita menjaga kebersihan dimana-mana dan pada bila-bila masa saja.

Elaine percaya kepada etika dan integriti yang kukuh, supaya nilai dapat diterapkan di dalam apa saja keputusan Elaine buat, termasuklah tentang produk 9herbs dan dalam semua aspek perniagaan kami. Kebanyakan kita percaya kepada kebenaran dan kesahihan. Kami percaya semua orang adalah cantik apabila mereka percaya kepada diri mereka sendiri.

Melalui produk 9herbs, Elaine berharap supaya semua wanita diberi pemerkasaan untuk membentuk diri anda sendiri dan mampu mengharungi hari-hari yang mendatang dengan yakin tanpa berselindung di sebalik imej yang dibuat-buat. Elaine menggesa anda semua untuk berani dan tampilkan diri anda yang sebenarnya.

Jika anda ingin menyertai kami dalam perjalanan ini, Elaine menggalakkan anda untuk menjadi salah satu rakan pengedar kami. Ini adalah peluang yang terbaik untuk anda dalam perniagaan dengan pelaburan yang sangat sedikit namun dengan menjanjikan pulangan besar. Berhubung dengan kami.

Kami meraikan keunikan anda dan kami suka berkongsi kejayaan kami bersama-sama anda.

Janji kami

PILIHAN BIJAK UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN SEMULAJADI ANDA
9herbs menjamin produk yang selamat, memberi kesan terbaik serta memudahkan

9herbs memelihara kesejahteraan hidup anda

Atasi Segala Keraguan,
Rasai Keajaiban,
Alami Keselesaan…
… hanya dengan 9herbs

Mengapa 9herbs?
Setiap produk yang kami hasilkan amat menitikberatkan keutamaan dan kepuasan pengguna. Moto kami menggambarkan kepuasan yang anda bakal nikmati apabila memilih 9herbs sebagai produk utama dalam kehidupan seharian anda.

SELAMAT
Menggabungkan bahan asas semulajadi

EFEKTIF
Menggunakan bahan asas berkualiti (cosmetic-grade ingredients)

MUDAH
Difomulasikan supaya memudahkan pengguna dan menjimatkan masa


HUBUNGI KAMI

9 Herbs Bioceuticals Resources (256423-A)

No 1-39, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Panda Prima,
68000 Ampang Selangor

MONDAY - FRIDAY:

09:00 A.M - 5:00 P.M

      WEEKEND

Tutup

PHONE

016-6618159

EMAIL

sales@9herbs.com