+60 016 6618159
5 Days a week from 9:00 am to 5:00 pm
  • 3 Unit Feminine Hygiene Mist (FHM)
Availability: in stock Many in stock Out of stock

3 Unit Feminine Hygiene Mist (FHM)

RM140.00 MYRRM149.70 MYR
  • Barcode:
Trust Badge
  • DESCRIPTION
  • REVIEW
DESCRIPTION

PILIHAN BIJAK UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN SEMULAJADI ANDA 

9herbs menjamin produk yang selamat, memberi kesan terbaik serta memudahkan 

9herbs memelihara kesejahteraan hidup anda 

Atasi Segala Keraguan, Rasai Keajaiban, Alami Keselesaan… … hanya dengan 9herbs 

Mengapa 9herbs? 

Setiap produk yang kami hasilkan amat menitikberatkan keutamaan dan kepuasan pengguna. Moto kami menggambarkan kepuasan yang anda bakal nikmati apabila memilih 9herbs sebagai produk utama dalam kehidupan seharian anda. 


SELAMAT 

Menggabungkan bahan asas semulajadi 

EFEKTIF 

Menggunakan bahan asas berkualiti (cosmetic-grade ingredients) 

MUDAH 

Difomulasikan supaya memudahkan pengguna dan menjimatkan masa 

9Herbs Feminine Hygiene Mist (FHM) 

TEKNIK MODEN GANTI FEMININE WASH... 

Memudahkan Penjagaan Keintiman Wanita 


Anda pernah alami situasi begini? 

  • Sukar nak bawa Feminine Wash (FW) kemana-mana sebab botol besar & berat 
  • Masa yang lama untuk proses mencuci dan merumitkan 
  • Tak boleh guna FW kalau tiada air 
  • Kulit sensitif & alergi, so tak boleh guna produk berasas sabun 
  • 9Herbs Feminine Hygiene Mist (FHM) bukan sekadar pencuci wanita 


SELAMAT 

  • 100% bahan semulajadi 
  • Tiada kesan sampingan 
  • Berdaftar dengan KKM (NOT161202378K) 
  • Tiada bahan kimia merbahaya 
  • Tiada alkohol 
  • Menggunakan wangian semulajadi 
  • EFEKTIF 
  • Membunuh 99.99% bakteria dalam masa beberapa saat (disahkan melalui ujian makmal) 
  • MUDAH 
  • Kecil & ringan – mudah masuk poket/ beg tangan 
  • Jimat masa – hanya spray (hanya 1 saat) 
  • Lepas spray tak perlu bilas atau lap, ia kering serta-merta 

Kandungan FHM 
Aqua, Betel Piper (Sireh) Leaves Extract, Oak Gall (Manjakani) Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Cichorium Intybus (Chicory) Root Extract, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Mentha piperita (Peppermint) Oil, Chlorphenesin, 1,2-Hexanediol, Natural Zen Garden Fragrance. 

Cara Penggunaan 

  1. Hanya spray pada alat sulit atau pakaian dalam (jarak 6 inci) 
  2. Tak perlu bilas atau lap 

FHM Sesuai Untuk Wanita…. 

  • Bekerjaya 
  • Selalu travel 
  • Dudk terlalu lama 
  • Selalu berpeluh 
  • Giat bersukan 

Feminine Hygiene MIST adalah produk penjagaan kebersihan keintiman wanita yang direka khas dan berfungsi sebagai anti-kulat, anti-bakteria, anti-septik dan anti-oksidan. Formula ini dipertingkatkan dengan agen anti-radang daripada ekstrak Bunga Matricaria. Diperkaya dengan Ekstrak Chicory dan Manjakani, FHM berkesan untuk menguatkan/ merapatkan otot vagina. 

(+) Bebas Bahan Kimia Merbahaya 

(+) Wangian Semulajadi 

(+) Selamat & lembut kepada Kulit 

  • FHM adalah Feminine Wash yang dimudahkan cara penggunaan, iaitu tidak perlu bilas atau lap. Hanya perlu spray sekali sahaja untuk setiap penggunaan dan ia akan kering serta merta. 
  • FHM adalah produk kegunaan luaran untuk menjaga kebersihan keintiman anda 
  • Ahli Farmasi dan Doktor sarankan penggunaan FHM untuk merawat pesakit mereka yang menghadapi masalah keputihan, kegatalan, kerengsaan dan kepedihan sekitar miss V. 

Ciri-ciri Feminine Hygiene Mist 

  • Kandungan di isi di dalam botol kaca berbentuk silinder yang disaluti lapisan berwarna emas. Penggunaan botol kaca adalah untuk melindungi bahan cecair FHM dari berinteraksi dengan botol supaya mengelakkan penghasilan reaksi kimia akibat sentuhan cecair dengan botol. Lapisan emas juga melindungi cecair FHM dari pancaran cahaya yang boleh merosakkan bahan cecair FHM. 
  • 1 botol FHM mengandungi 10ml (bersamaan 180 sprays). 

Hanya perlu sekali spray untuk setiap penggunaan. Jika spray 3 kali sehari, sebotol FHM akan tahan sehingga 2 bulan. 

  • FHM tidak mendatangkan kesan sampingan kerana bahan aktif yang digunakan adalah ekstrak bahan semulajadi iaitu Ekstrak Manjakani, Ekstrak Daun Sireh, Ekstrak Bunga Matricaria, Ekstrak Akar Chicory (merawat radang) dan Ekstrak Peppermint (untuk kesegaran). 
  • Tekstur FHM adalah 100% berasaskan air dan tidak melekit. 
  • FHM mempunyai kadar pH4.0 iaitu kadar pH yang terbaik (pH3.8 – pH4.2) untuk memastikan bakteria baik hidup dan bakteria jahat akan mati. 
  • FHM sangat berkesan kerana bahan aktif yang terdapat didalamnya dapat bekerja sepenuhnya. Feminine Wash biasa tidak efektif kerana bahan aktif yang terdapat didalamnya akan hilang bersama-sama air bilasan. 


Fungsi FHM 

  • Berfungsi sebagai anti-fungal, anti-bakteria, anti-septik, anti-oksidan dan anti-radang 
  • Menghilangkan lendir, rasa gatal & bau kurang enak 
  • Menyembuh dan mencegah keputihan 
  • Menguatkan/ Merapatkan otot vagina 
  • Membersih & memulihkan rahim selepas bersalin & selepas haid 
  • Membantu mencegah kanser serviks 
  • Meningkatkan hormon estrogen/ tenaga batin 

Sesuai Digunakan Oleh: 

(+) Anak dara 

(+) Wanita yang sudah berkahwin 

(+) Ibu dalam pantang 

(+) Wanita mengandung 

(+) Semasa haid 

Apakah punca masalah kegatalan, bau dan keputihan? 

  • Elakkan mencuci sehingga ke dalam saluran dalam Miss V. Kesannya menyebabkan bakteria baik dalam Miss V akan mati. Jika hal ini terjadi, maka ia menyebabkan keradangan dan iritasi kulit, samada gatal2, pedih atau keputihan yang melampau. 
  • Penggunaan pencuci wanita juga boleh menyebabkan kedua2 bakteria baik dan jahat akan mati. Jadi, adalah perlu untuk mengekalkan pH pada 3.8 - 4.2 di mana bakteria baik (normal vaginal flora) akan kekal di Miss V. pH produk FHM adalah 4.0 iaitu kadar pH yang terbaik untuk memastikan bakteria baik terus hidup dan bakteria jahat akan mati. 


Mengikut keputusan hasil kajian FHM dari makmal PERMULAB SDN BHD : 

Maklaml telah membiakkan 5 jenis bakteria seperti di bawah (ini adalah bakteria yang sering terdapat di bahagian Miss V): 

  1. Escherichia coli (E-coli); 
  2. Staphylococcus aureus (Staph Aureus atau vaginal MRSA); 
  3. Pseudomonas aeruginosa; 
  4. Candida albicans; 
  5. Aspergillus niger / brasiliensis 



Kesemua bakteria yang dinyatakan di atas telah di uji dengan semburan FHM. 

Ujian tersebut di teliti pada kadar 5 saat, 10 saat dan 30 saat bagi melihat tindakan FHM ke atas kelima-lima bakteria tersebut. 

Keputusan!!! 

Selepas 5 saat diuji dengan semburan FHM, kesemua bakteria itu mati. 

Selepas 10 saat dan 30 saat pun, masih tiada aktiviti oleh bakteria tersebut (bermaksud tiada pertumbuhan bakteria baru). 

Kesimpulannya bakteria ini akan kekal mati selagi tiada faktor penyumbang kepada pertumbuhan bakteria-baru baru seperti infeksi dari saluran najis, infeksi dari bakteria yang terdapat pada pakaian dalam, atau pun berpeluh di bahagian Miss V. Salah satu punca utama wujudnya bakteria baru ialah dari pakaian dalam, pad tak sesuai, dari pasangan seks atau dari abnormal discharge (keputihan tidak normal). 

Kehadiran bakteria (ataupun yis) di sekitar Miss V akan menyebabkan keradangan, yang akan menjadikan kulit sekitar Miss V menjadi kering. Apabila kering, ia akan menyebabkan gatal. Apabila di garu, ianya menjadikan kulit akan lebih kering dan keradangan akan meningkat. Sekiranya terus menggaru, kulit di sekitar Miss V (yang sememangnya sangat nipis dan sensitive) akan mula luka. Luka yang terdedah kepada bakteria akan memburukkan lagi keadaan dan boleh merebak kekawasan dalaman miss V. 

Keadaan ini memerlukan rawatan oleh doktor. Kebiasaannya, doktor akan memberi krim anti-kulat atau memasukkan canesten pessary ke dalam lubang vagina bagi melegakan kegatalan, pedih dan sebagainya. 

Bagi kes yang lebih teruk, disamping memasukkan pessary kedalam vagina, doctor juga akan memberi ubat antibiotik untuk membantu melawan bakteria. Ada banyak kes dimana rawatan yang diberikan oleh doktor masih tidak mampu merawat masalah yang dihadapi oleh wanita. Keadaan ini biasanya akan mengganggu aktiviti harian sehingga ada pesakit yang tidak dapat berbuat apa-apa aktiviti langsung kerana sangat terganggu oleh kegatalan yang kronik. Bahkan ada yang sampai tidak dapat melelapkan mata untuk tidur kerana kegatalan yang terlampau serius. 

FHM adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan masalah pada organ keintiman wanita dengan cara yang lebih selamat dan mudah. Tanpa perlu ubat (yang berasaskan bahan kimia) yang boleh memberi kesan jangka panjang. 

FHM Sebagai Ejen Perapat Vagina 

Bagi tujuan merapatkan otot vagina dan masalah keputihan kronik, spray di bahagian dalam Miss V dan WAJIB spray malam sebelum tidur kerana pada masa ini kita kurang ke tandas. Jadi proses merawat adalah lebih lama dan berkesan. 

Bagi merawat masalah kegatalan dan bau, spray pada bahagian yang gatal dan setiap kali rasa tidak selesa. 

Juga boleh spray sebelum bersama suami. 

Bahan-bahan Aktif Di Dalam FHM 

  1. Ekstrak Manjakani 
  2. Ekstrak Daun Sireh 
  3. Ekstrak Bunga Matricaria 
  4. Eksrak Akar Chicory 



Manjakani (Quercus Infectoria) 

Kaya dengan tannin (50-70%). Ahli farmakologi mengesahkan Manjakani mengandungi astringen, antidiabetic, antitremorine, anestetik, antiviral, antibakteria, antikulat, larvikidal, anti-radang, antiamoebic, dan digunakan untuk merawat jangkitan kulit, gangguan gastrointestinal. 

Ia digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat kerosakan tisu luar dan menguatkankan otot vagina selepas bersalin. Sifat astringen dalam manjakani dapat membantu memulihkan pertumbuhan tisu vagina, serta menguatkan dan menganjalkan tisu. 

Daun Sireh (Piper betle) 

Daun sireh penuh dengan vitamin seperti vitamin C, thiamine, niacin, riboflavin dan karotena. 

Faedah: Antibakteria, Antimikrob, Penyegar Mulut, Antiseptik 

Faedah Kesihatan: Merawat haid yang tidak teratur, keputihan, nafas berbau & bau badan, selsema & asma; Melegakan kesakitan - merawat sakit kepala, kesakitan yang berkaitan dengan arthritis dan sakit belakang. Gusar; Fungsi Tiroid; Faedah-faedah lain - membantu dalam merawat cacing dalam usus, kencing tidak lawas, radang testis, pengeluaran susu ibu yang rendah, kencing manis, sembelit, menggigil, luka, ulser dan lain-lain keadaan keradangan kulit. 

Bunga Matricaria (Chamomilla Recutita) 

Ekstrak bunga Matricaria mempunyai elemen penyembuhan semulajadi serta pelindung kulit. Ia mengandungi asid tannic, bahan yang biasa ditemui dalam krim, krim pelindung matahari, losyen mata dan anti-peluh, dan mempunyai sifat astringen dan bahan penyejuk kulit. 

Biasanya digunakan untuk melegakan keradangan kulit dan melegakan kulit sensitif. Menyediakan perlindungan antioksidan dan boleh digunakan untuk melegakan, melembapkan dan menghalang pertumbuhan bakteria. 

Ia adalah sumber yang biasa untuk losyen chamomile rawatan herba. 

Akar Chicory (Chicorium intybus) 

Akar Chicory adalah tumbuhan berdaun lebat yang ditanam untuk akarnya dan digunakan sebagai bahan tambahan makanan, pengganti kopi dan tanaman untuk ternakan. 

Ia mengandungi komposisi inulin yang tinggi (serat larut yang menjadi makanan kepada probiotic/ bakteria baik di dalam usus). 

Akar Chicory juga mengadungi antioksidan yang tinggi (dalam bentuk sebatian dipanggil fenolik). 

Faedah Kesihatan: Kanser kulit, parasit, kerosakan hati, ketoksikan sebatian berbahaya, sembelit, gangguan pundi hempedu, keradangan kulit, hilang selera makan dan sakit perut.

    REVIEW

    YOU MAY ALSO BE INTERESTED IN THE FOLLOWING PRODUCT(S)